MUSLIM DI SUDUT KELUARGA

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian bagi ALLAH s.w.t , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam, juga ke atas keluarga para sahabat dan mereka yang mengambil petunjuk serta beramal dengan sunnahnya sehingga ke hari qiamat.

Apabila kita mengakui menganut agama islam, pengakuan ini mewajibkan kita satu risalah dalam hidup, malah kita menjadikan kehidupan kita itu patuh@ tunduk kepada perintah risalah tersebut. Pengakuan ini juga mewajibkan supayakita bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merubah kehidupan kita n juga masyarakat supaya menjadi masyarakat islam yang sebenar. Dan ini tidak cukup dgn sekadar kita seorang sahaja yang menganut agama islam dan mematuhi perintahnya dengan tidak mengambil peduli tentang masyarakat yang ada di sekeliling kita. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Barang siapa yang tidur dan tidak mengambil berat tentang urusan orang islam, maka beliau bukan dari golongan mereka.


Lagkah pertama yang sejajar dengan agama islam dlm bidang ini ialah dengan kita membentuk kehidupan berumahtangga supaya rumahtangga kita itu menjadi rumahtangga muslim, dan kita mestilah bertanggungjawab menegakkan islam itu dalam kelompok yang kecil ini, dan menyampaikan kepada ahli keluarga kita, dan cara inilah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w di permulaan dakwah beliau.
Firmaan ALLAH yang bermaksud:
Maka janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, akibatnya Engkau akan menjadi dari golongan Yang dikenakan azab seksa. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat. Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang Yang beriman.(asy-syu’araa:213-215).
Dan dibuktikan juga dalam al-quran yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. ( At-tahrim:6).
Dan untuk memudahkan kita menunaikan tanggungjawab ini, islam telah menggariskan dan menunjukkan kepada kita kemudahan untuk mencapai matlamat tersebut, diantara matlamatnya ialah:

1. Perkahwinan mestilah kerana ALLAH, iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah keluarga muslim untuk melahirkan keturunan yang soleh.

2. Kita berkahwin adalah untuk menjaga pandangan kita dan kehormatan kita disamping dapat bertakwa kepada ALLAh. Dalam hubungan ini Rasulullah bersabda: “ ALLAH berhak menolong tiga golongan: pertama orang yang berjihad pd jalan ALLAH. Kedua hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusan. Ketiga orang-orang yang berkahwin dengan tujuan utk dapat memelihara kehormatan dirinya.” (hadith riwayat Tirmizi,Ibn Hibban dan al- hakim).

3. Kita mestilah bijak memilih isteri yang bakal menjadi taman hidup perjuangan kita kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda: “ pilihlah utk keturunan kamu, sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian”. Dan riwayat yang lain pula menyebut: “ kahwinilah yang sekufu dengan kamu”.

4. Kita mestilah pilih isteri yang berakhlak n berpengang teguh dgn agama,sekali pun tidak mempunyai banyak harta dan kecantikan jika dibandingkan dgn org lain. Sabda Rasulullah s.a.w: “ jangan kamu berkahwin dgn perempuan krn kecantikannya,boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina. Jangan kamu berkahwin dgn perempuan krn hartanya, krn boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim,tetapi kahwinlah mereka krn agamanya. Hamba perempuan yg rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adlah lbh baik.” (hadith riwayat Ibn Majah).

wallahu'alam

Posted by zul fakaar mat ghani