KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Ada seorang perempuan yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak berbicara dan setiap kali dia hendak melakukan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang mengejutkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang aman, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan sembunyi sembunyi suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan duit ke belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak mengerjakan sesuatu kerja.

Wallahu’alam.

Posted by zul fakaar mat ghani
Baca lagi!

WASIAT KEPADA PEMUDA

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian bagi ALLAH S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam. Juga ke atas keluarga, para sahabat dan meraka yang mengambil petunjuk serta beramal dengan penuh sunnahnya sehingga ke hari qiamat.
Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)


Serta selawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.” Dan takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya”.


Berikut, ini adalah wasiat islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari segenap kehidupan. Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada diri yang hina ini dan kepada pemuda muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan semoga ALLAH memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung..amin….

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan mahupun perbuatan.

2. Ikutilah sunnah Nabi S.A.W dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.

3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

4. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-geri hambanya. Dan ketahuilah bahawa Allah melihat, mendengar dan mengetahui apa yang tersirat di hati hambanya.
5. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha dan perbanyaklah istighfar.

6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat serta qada’ dan qadar yang baik ataupun yang buruk.

7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan melihat mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.

8. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.

9. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan kerana engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontohmu dalam mengamalkannya.

10. Jagalah selalu solat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi solat ‘Isya dan Fajr (subuh).

11. Jagalah selalu wudu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadas dan najis.

12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.

13. Jagalah selalu solat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada solat berjamaah tersebut.

14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.

15. Bersegeralah berangkat untuk solat Jumaat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah azan kedua kerana engkau akan berdosa.

16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.

17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i sebab engkau akan berdosa kerananya.

18. Tegakkanlah solat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan keampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.

19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.

20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiamat.

Wallahu’alam.

Posted by zul fakaar mat ghani
Baca lagi!

ADAKAH KITA TAHU TENTANG BULAN REJAB??

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian bagi ALLAH s.w.t , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam, juga ke atas keluarga para sahabat dan mereka yang mengambil petunjuk serta beramal dengan sunnahnya sehingga ke hari qiamat.
Syukur kepada Allah SWT keraana dengan taufiq dan hidayahnya kita sama- sama diberi oleh Allah SWT suatu nikmat yang cukup besar, yang mana nikmat ini menjadi impian kepada jiwa yang bergelar insan, iaitu nikmat kesihatan. Sahabat sekalian, di bulan rejab yang mulia ini, marilah kita sama-sama menigkatkan dan melengkapkan keperibadian kita sebagai seorang insan yang berguna kepada masyarakat, lebih-lebih lg pada diri kita sendiri. Sebagai mana sahabat- sahabat ma’ruuf tentang bulan rejab ini yang banyak didalamnya peristiwa islam, antaranya israk dan mikraj. Peristiwa ini berlaku pd 26 @ 27 haribulan rejab. Dalam peristiwa inilah sembahyang yang kita kerjakan sahari semalam disyariatkan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan umat islam.

Dinamakan bulan rejab kerana bulan ini sanagt mulia pd zaman jahiliyah. Dari segi bahasanya pula, rejab membawa maksud kebesaran,kemuliaan,keagungan. Kita memahami huruf ejaan Rejab (ر) ,(ج), (ب), itu dikaitkan dgn tiga pengertian:

1. Huruf (ر) adalah رحمة iaitu (sifat kasihan belas) Allah SWT ke atas umat Nabi SAW krn menerima permintaan baginda SAW agar dikurangkan solat fardu daripada 50 kali kpd 5 kali shj.

2. Huruf (ج) adalah جود bererti betapa pemurahnya Allah SWT memberikan pahala untuk 5 kali solat setiap hari bersamaan dgn 50 kali solat.

3. Huruf (ب) adalah بر bererti kebaikan n kebajikan yg dilakukan pd bulan ini akan mendapat pahala yg besar disisi Allah SWT.

Antara Kelebihan bulan Rejab:
1. Malam awl rejab adlah malam yg mustajab berdoa kpd Allah SWT.
2. Orang yg memuliakan bulan ini akan dimuliakan oleh Allah SWT di hari akhirat.
3. Puasa sehari bulan Rejab seperti mereka yg mengerjakn ibadat seumur hidup, dan puasa pd 27 Rejab seperti berpuasa 60 hari pahalanya. Jika disertakan dgn sedekah akn beroleh pahala seperti puasa seribu thn.
4. Siapa yg berpuasa sehari pd bulan ini akan mendapat keredhaan Allah SWT. Berpusa 3 hari akan diselamatkan drpd bahaya dunia n akhirat, serta diselamat dr penyakit gila n fitnah syaitan. Manakala puasa lapan hari pula dibuka lapan pintu syurga.berpuasa sepuluh hari akan makbul permintaannya.puasa lima belas hari,Allah SWT memadamkan dosa2 yg lalu dan menggantikan kejahatan dgn kebaikan. Puasa sebulan pula wajib baginya pengampunan dosa yg tlah lalu.
5. Siapa yg bersedekah pd bulan ini, akan ditulis bg setiap helaian bulu romanya dgn seribu kebajikan.
Marilah sama - sama kita meningkatkan ibadat kita lebih – lebih lg pd bulan ini, semoga apa yg kita kerjakan mudah- mudahan mendapat keredhaan Allah SWT. Insyaallah.


Wallahu’alam.

Posted by zul fakaar mat ghani
Baca lagi!

MUSLIM DI SUDUT KELUARGA

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian bagi ALLAH s.w.t , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam, juga ke atas keluarga para sahabat dan mereka yang mengambil petunjuk serta beramal dengan sunnahnya sehingga ke hari qiamat.

Apabila kita mengakui menganut agama islam, pengakuan ini mewajibkan kita satu risalah dalam hidup, malah kita menjadikan kehidupan kita itu patuh@ tunduk kepada perintah risalah tersebut. Pengakuan ini juga mewajibkan supayakita bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merubah kehidupan kita n juga masyarakat supaya menjadi masyarakat islam yang sebenar. Dan ini tidak cukup dgn sekadar kita seorang sahaja yang menganut agama islam dan mematuhi perintahnya dengan tidak mengambil peduli tentang masyarakat yang ada di sekeliling kita. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Barang siapa yang tidur dan tidak mengambil berat tentang urusan orang islam, maka beliau bukan dari golongan mereka.


Lagkah pertama yang sejajar dengan agama islam dlm bidang ini ialah dengan kita membentuk kehidupan berumahtangga supaya rumahtangga kita itu menjadi rumahtangga muslim, dan kita mestilah bertanggungjawab menegakkan islam itu dalam kelompok yang kecil ini, dan menyampaikan kepada ahli keluarga kita, dan cara inilah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w di permulaan dakwah beliau.
Firmaan ALLAH yang bermaksud:
Maka janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, akibatnya Engkau akan menjadi dari golongan Yang dikenakan azab seksa. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat. Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang Yang beriman.(asy-syu’araa:213-215).
Dan dibuktikan juga dalam al-quran yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. ( At-tahrim:6).
Dan untuk memudahkan kita menunaikan tanggungjawab ini, islam telah menggariskan dan menunjukkan kepada kita kemudahan untuk mencapai matlamat tersebut, diantara matlamatnya ialah:

1. Perkahwinan mestilah kerana ALLAH, iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah keluarga muslim untuk melahirkan keturunan yang soleh.

2. Kita berkahwin adalah untuk menjaga pandangan kita dan kehormatan kita disamping dapat bertakwa kepada ALLAh. Dalam hubungan ini Rasulullah bersabda: “ ALLAH berhak menolong tiga golongan: pertama orang yang berjihad pd jalan ALLAH. Kedua hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusan. Ketiga orang-orang yang berkahwin dengan tujuan utk dapat memelihara kehormatan dirinya.” (hadith riwayat Tirmizi,Ibn Hibban dan al- hakim).

3. Kita mestilah bijak memilih isteri yang bakal menjadi taman hidup perjuangan kita kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda: “ pilihlah utk keturunan kamu, sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian”. Dan riwayat yang lain pula menyebut: “ kahwinilah yang sekufu dengan kamu”.

4. Kita mestilah pilih isteri yang berakhlak n berpengang teguh dgn agama,sekali pun tidak mempunyai banyak harta dan kecantikan jika dibandingkan dgn org lain. Sabda Rasulullah s.a.w: “ jangan kamu berkahwin dgn perempuan krn kecantikannya,boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina. Jangan kamu berkahwin dgn perempuan krn hartanya, krn boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim,tetapi kahwinlah mereka krn agamanya. Hamba perempuan yg rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adlah lbh baik.” (hadith riwayat Ibn Majah).

wallahu'alam

Posted by zul fakaar mat ghani
Baca lagi!

INDAHNYA PAHALA MENAHAN MARAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian bagi ALLAH s.w.t , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam, juga ke atas keluarga para sahabat dan mereka yang mengambil petunjuk serta beramal dengan sunnahnya sehingga ke hari qiamat.

"Siapa yang menahan marah, padahal ia dapat memuaskan pelampiasannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari kehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

Tingkat keteguhan seseorang muslim dalam menghadapi kesulitan hidup memang berbeza-beza. Ada yang mampu menghadapi persoalan yang sedemikian sulit dengan perasaan tenang. Namun, ada pula yang menghadapi persoalan kecil saja tetapi ditanggapinya dengan begitu berat. Semuanya bergantung pada kekuatan ma'nawiyah (keimananan) seseorang.

Pada dasarnya, tabiat manusia ini beragam, ada yang barsifat keras dan tenang, cepat dan lambat, berhubungan erat dengan keteguhan dan kesabarannya saat berinteraksi dengan orang lain. Orang yang memiliki keteguhan iman akan menyelurusi lorong-lorong hati orang lain dengan respon pemaaf, tenang,berbaik sangka, dan berlapang dada.

Adakalanya, kita merasa begitu marah dengan seseorang yang menghina diri kita. Kemarahan kita begitu memuncak seolah jiwa kita terlempar dari kesedaran. Kita merasakan yang diri kita ini tidak mampu menerima penghinaan itu. Kecuali, dengan marah atau bahkan dengan cara menumpahkan darah. Na'udzubillah . situasi inilah yang wujud pada zaman sekarang.

Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi S.A.W. Dengan maksud ingin meminta sesuatu pada beliau. Beliau memberinya, lalu bersabda, "Aku berbuat baik padamu." Badwi itu berkata, "Pemberianmu tidak bagus." Para sahabat merasa tersinggung, lalu menunjukkan dengan kemarahan. Namun, Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar. Kemudian, Nabi S.A.W pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa Barang tambahan untuk diberikan ke Badwi. Nabi bersabda pada Badwi itu, "Aku berbuat baik padamu?" Badwi itu berkata, "Ya, semoga Allah membalas kebaikan Tuan, keluarga dan kerabat." Tengok sahabat, akhlak yang ditunjukkan oelh rasulullah dalam menunjukkan keperibadian yang baik sesama makhluk ALLAH.

Keesokan harinya, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat, "Nah, kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar engkau dengar, kemudian engkau tidak bersabar lalu membunuhnya. Maka, ia pasti masuk neraka. Namun, karena saya bina dengan baik, maka ia selamat." Beberapa hari setelah itu, si Badwi mau diperintah untuk melaksanakan tugas penting yang berat sekalipun. Dia juga turut serta dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redha.

Rasulullah S.A.W memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak panik menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah sifatnya. Kalau pun saat itu, dilakukan hukuman terhadap si Badwi, tentu hal itu bukan kezaliman. Namun, Rasulullah S.A.W tidak berbuat demikian. Beliau tetap bersabar menghadapinya dan memberikan sikap yang ramah dan Lemah lembut. Pada saat itulah, Rasulullah S.A.W ingin menunjukkan kepada kita bahawa kesabaran dan berlapang dada itu lebih tinggi nilainya daripada harta benda. Adakalanya, Rasulullah S.A.W juga marah. Namun, marahnya itu tidak melampaui batas kemuliaannya. Itu pun ia lakukan bukan kerana masalah peribadi melainkan kerana untuk menjaga kehormatan agama Allah. Rasulullah S.A.W bersabda, "Memaki-maki orang muslim adalah fasik (dosa),dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam)." (HR.Bukhari) Sabdanya pula, "Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor." (HR. Turmudzi).

Seseorang yang mampu mengendalikan nafsu ketika marahnya memberontak, dan mampu menahan diri di kala mendapat ejekan,hinaan,celaan dan sebagainya maka orang seperti inilah yang kita harapkan dapat menghasilkan kebaikan dan kebajikan bagi dirinya maupun masyarakatnya sekelilingnya. Seorang Hakim yang tidak mampu menahan marahnya, tidak akan mampu memutuskan perkara dengan adil dan saksama. Dan, seorang pemimpin yang mudah terasa marahnya, tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Justeru itu, ia akan senantiasa memunculkan permusuhan @ perbalahan dalam masyarakatnya. Begitu pun pasangan suami-isteri yang tidak memiliki ketenangan jiwa. Ia tidak akan mampu melayarkan bahtera hehidupnya. Kerana, masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangannya.

Bagi orang yang imannya telah tumbuh dengan subur dalam jiwanya. Maka, tumbuh pula sifat-sifat jiwa besarnya. Subur pula rasa kesadarannya dan kemurahan hatinya. Kesabarannya pun bertambah besar dalam menghadapi sesuatu masalah. Tidak mudah memarahi seseorang yang bersalah dengan begitu saja, sekalipun telah menjadi haknya. Orang yang demikian, akan mampu menguasai dirinya, menahan amarahnya, mengekang lidahnya dari pembicaraan yang tidak patut. Wajib baginya,melatih diri dengan cara membersihkan dirinya dari penyakit-penyakit hati. Seperti, ujub dan takabur, riya’, dusta, pengadu domba dan lain-lain sebagai amalan ibadah dan ketaatan kpd ALLAH, demi meningkatkan darjat yang tinggi disisi ALLAH S.W.T.

Dari Abdullah bin Shamit, Rasulullah saw. bersabda, "Apakah tiada lebih baik saya Beritahukan tentang sesuatu yang dengannya Allah meninggikan gedung-gedung dan mengangkat darajat seseorang?" Para sahabat menjawab, "Baik, ya Rasulullah." Rasulullah S.A.W bersabda, "Berlapang dadalah kamu terhadap orang yang membodohi kamu. Engkau suka memberi maaf kepada orang yang telah menganiaya kamu. Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberikan sesuatu kepadamu. Dan, engkau mau bersilaturahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau." (HR. Thabrani).

Sabdanya pula, "Bahawasanya seorang hamba apabila mengutuk kepada sesuatu, naiklah kutukan itu ke langit. Lalu, dikunci pintu langit-langit itu buatnya. Kemudian, turunlah kutukan itu ke bumi, lalu dikunci pula pintu-pintu bumi itu baginya. Kemudian, berkeliaranlah ia ke kanan dan ke kiri. Maka, apabila tidak mendapat tempat baru, ia pergi kepada yang dilaknat. Bila layak dilaknat (artinya kalau benar ia berhak mendapat laknat), tetapi apabila tidak layak, maka kembali kepada orang yang mengutuk (kembali ke alamat si pengutuk)." (HR. Abu Dawud).

Wallahu 'alam

Posted by zul fakaar mat ghani
Baca lagi!

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian bagi ALLAH s.w.t , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam, juga ke atas keluarga para sahabat dan mereka yang mengambil petunjuk serta beramal dengan sunnahnya sehingga ke hari qiamat.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya.

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian yang ditaklifkan sebagai pemimpin ummah dalam mendidik jiwa manusia kearah kehidupan yang sebenar, dan salam perjuangan juga buat insan yang tidak memahami erti kepenatan,kepayahan,kesusahan seorang pemimpin. Perlu diingatkan bahawa setiap ape yang berlaku itu adalah ketentuan illahi, kita sebagai manusia hanya mampu merangcang, dan yang menentukan segala gerak lagkah kita adalah ALLAH. Sebagai seorang insan yang memahami hidup ini perlu kepada seorang pemimpin, dan kita hendaklah mentaati pemimpin itu dgn sebaik-baiknya, sekiranya pemimpin itu bergerak diatas jalan yang benar dan diredhai.

Sahabat sekalian, akhir-akhir ini banyak kita dengar ketidakpuasan hati sahabat-sahabat sekalian, dalam mengutuk kepimpinan yang tidak melakukan kerja dgn baik dan sebagainya, perlu diingatkan, sahabat lebih ma’ruf dalam mentafsir makna al-quran dan memahami erti ketaatan kepada pemimpin. ketaatan itu lahir daripada sifat percaya mempercayai di antara pemimpin dgn org yang dipimpin, apabila kepimpinan mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan mereka yang sebenar kepada kita, ketaatan ini mestilah dalam semua keadaan di masa senang n susah, kelapangan dan kesempitan dan sebagainya.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.(An-nisa’ 59).

Dan kita sebagai seorang yang dipimpin, jangan kita menjadikan diri kita ini sebagai “bodoh sombong”. Mungkin sahabat-sahabat boleh ketawa dgn perkataan ini, tapi sahabat perlu ingat, adakah sahabat pernah mendengar tentang suatu pekerjaan di dunia ini yang tercapai tanpa kepimpinan?? Tidak dpt dinafikan bahawa membenarkan pernyataan di atas adalah semacam berkhayal, dan bertentangan dengan fitrah manusia sebagai makhluk yang diciptakan untuk berkomunikasi dengan yang lain.

“Hasad dengki menghilangkan keindahan, baik keindahan badan, keindahan jiwa ataupun keindahan akal. Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.”
Sama-sama renungkan..

Wallahu ‘alam

Posted by zul fakaar mat ghani
Baca lagi!

ADAKAH KITA TENANG???

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah berfirman:
"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

Apakah yang dikatakan zikrullah (mengingati Allah) itu? Seorang tokoh ulama’ mengatakan zikir terbaik itu adalah al-Quran. Maka berdampinglah dengan al-Quran kerana ia sudah pasti akan memberikan ketenangan jiwa.

Al-Quran yang dibaca, akan membawa ketenangan kepada pembacanya. Tetapi perlu ingat al-Quran yang diamalkan isinya, ia akan membawa ketenangan ke seluruh alam. Tetapi umat Islam sendiri pada hari ini tidak mengamalkan isi al-Quran menyebabkan umat Islam seluruhnya telah kehilangan ketenangan dalam hidup seharian. Malah, ada banyak lagi cara untuk menenangkan hati. Prinsip asasnya mudah. Setiap sesuatu itu mesti menjurus ke arah mengingati Allah. Umpamanya melihat tumbuhan menghijau, aliran sungai, langit yang biru, burung-burung berterbangan dan sebagainya yang mana itu semua menunjukkan kehebatan Allah swt.

Allah berfirman: "Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu), serta masuklah engkau ke dalam jemaah hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu. (al-Fajr, 27-30)

Manusia yang mempunyai jiwa yang tenang maka syurga adalah tempat mereka. Dan pra-syarat mereka yang ingin mempunyai jiwa yang tenang ini adalah iman serta amal soleh mereka.
Ketenangan hati inilah yang sudah tidak ada dalam jiwa kebanyakan manusia. Kita sering menyangka kekayaan wang ringgit,harta yang banyak yang mana mampu bertahan sampai ke anak cucu, dan memiliki kuasa populariti, itu lah yang bakal membahagiakan hidup kita didunia. Tetapi, jangankan akhirat, sejak didunia lagi, kekayaan, kuasa, dan populariti itulah yang telah menghilangkan rasa bahagia kita sekiranya ia tidak didasari dengan dasar iman dan taqwa.

Maka ingatlah, seseorang yang telah dikurniakan hati yang tenang pasti menerima segala takdir baik dan buruk yang ditimpakan keatasnya, kerana mereka yakin dan percaya akan firman Allah dalam al-quran yang bermaksud:

"Oleh itu, maka sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu ada kemudahan dan sesungguhnya setiap kemudahan itu ada kesusahan." (al-Insyirah: 5-6)


wallahu'alam

Posted by zul fakaar mat ghani
Baca lagi!